Isnin, 2 Januari 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat menyambut tahun baru dan selamat kembali ke sekolah buat semua warga SK Kampung Baharu. Semoga tahun 2012 akan menjadi lebih bermakna buat semua. Selamat datang kepada Guru Besar En. Abdul Mohin bin Yusof. Moga kehadiran tuan memberi semangat baru kepada guru, murid dan warga sekolah.

Sabtu, 31 Disember 2011

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi bertandang ke Gerbang Maya SK Kampung Baharu. Segala pandangan dan cadangan penambahbaikan Gerbang Maya SKKB diucapkan ribuan terima kasih. Kami warga SKKB mengalu-alukan kehadiran tuan/puan.

Lawatan dari SK Batu Balai

Lawatan dari SK Teh

Lawatan Guru-Guru Bola Jaring

Lawatan dari SJKC Jeransong

Lawatan Penyelaras ICT dari sekolah-sekolah di bawah PKG Bandar Jerantut

Rabu, 14 Disember 2011

Gerbang Maya Naik Taraf Menjadi Makmal Bahasa

Mulai tahun 2012 makmal komputer sekolah akan dinaiktaraf menjadi makmal bahasa.  Ini membolehkan dasar kementerian berkaitan MBMMBI dapat dilaksanakan mulai tahun hadapan. Penyelenggaraan  peralatan ICT sedang dijalankan. Semoga tahun 2012 penggunaan Gerbang Maya akan lebih memberi impak kepada warga sekolah.

Jumaat, 25 Mac 2011

Mengalu-alukan kedatangan

Barisan Hadapan
Pn. Rozaidah GPK Pentadbiran (Penyelaras ICT) SK Kg. Baharu & Pn. Noraini GPK Pentadbiran SK Teh

SK Kg. Baharu mengalu-alukan kedatangan Pn. Noraini (GPK Pentadbiran SK Teh), mantan GPK Pentadbiran SK Kg. Baharu serta rombonganya bagi tujuan membuat lawatan penanda aras pengurusan makmal komputer. Kami warga sekolah amat berbangga kerana dikunjungi rakan-rakan dari sekolah lain. Ini sebagai pembakar semangat bagi kami mengekalkan pengurusan yang baik untuk kebaikan bersama.

Lawatan Penanda Arasan

Hajah Salbiah Guru Besar SK Kg. Baharu bersama-sama Guru Besar SK Batu Balai dan rombonganya
10 Janruari 2011- SK Batu Balai Jerantut telah hadir untuk membuat lawatan penanda aras berkaitan pengurusan makmal komputer. Terima kasih kepada cikgu Idris selaku guru besar SK Batu Balai dan ahli rombonganya kerana sudi datang untuk bertukar-bertukar pengalaman.

Isnin, 28 Februari 2011

Lawatan ADUN Damak ke Makmal Komputer

YB Dato' Lau Lee menandatangani buku pelawat
YB Dato' Lau Lee mengucapkan tahniah kepada warga sekolah
YB Dato' Lau Lee bersama-sama  Ibu bapa
Dato' Lau Lee ADUN Damak telah melawat Makmal Komputer SK Kampung Baharu sempena hari Anugerah sekolah. Terima kasih kepada YB kerana sudi meluangkan masa untuk melawat Makmal Komputer sekolah ini. Kehadiran YB amat besar maknanya kepada kami warga sekolah.

Sabtu, 29 Januari 2011


Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer


1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

1.2 Peraturan Makmal Komputer

2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.

2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.

2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.

2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.

2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan      makmal komputer.

2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamat yang melampau / tidak      bermoral(lucah).

2.9 Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,bertengkar dan bergaduh dalam makmal   komputer.

2.10 Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.

2.11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang       bertugas.

2.12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.

2.13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan       yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal        komputer.

2.14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang     berlangsung.