Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer
1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.
1.2 Peraturan Makmal Komputer
2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.
2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamat yang melampau / tidak bermoral(lucah).
2.9 Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
2.10 Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.
2.11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
2.12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.
2.13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
2.14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan