Sabtu, 29 Januari 2011


Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer


1.1 Pengurusan Makmal Komputer
Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

1.2 Peraturan Makmal Komputer

2.1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.

2.2 Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.

2.3 Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.

2.4 Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.

2.5 Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

2.6 Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.

2.7 Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan      makmal komputer.

2.8 Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamatalamat yang melampau / tidak      bermoral(lucah).

2.9 Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda,bertengkar dan bergaduh dalam makmal   komputer.

2.10 Pengguna komputer dilarang mebuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.

2.11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan izin guru yang       bertugas.

2.12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang bertugas.

2.13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan       yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal        komputer.

2.14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang     berlangsung.

Sabtu, 15 Januari 2011

Tahniah Buat Pn. Noraini

Tahniah dan syabas buat Pn. Noraini binti Malek  kerana dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran SK Teh Jerantut mulai 1 Januari 2011. Sebelum ini beliau telah menjalankan tugas sebagai GPK Pentadbiran lantikan sekolah di SK Kg. Baharu semenjak tahun 1992. Beliau merupakan seorang GPK yang bertanggungjawab dan boleh dibawa berbincang. Kejayaan Makmal Komputer (Gerbang Maya) adalah hasil sokongan padu beliau, guru besar dan guru-guru serta staf yang lain.
Gambar semasa Olahraga Zon Damak di SK Bandar Jerantut 2010


Jumaat, 7 Januari 2011

Pemantauan Hari Pertama Persekolahan Oleh Pegawai Dari PPD Jerantut

SK Kampung Baharu, 3 Januari 2011 - Pemantauan hari pertama telah dilakukan oleh En Hadzmin bin Hamzah (Penyelia HEM) Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Pemantauan ini dijalankan secara menyeluruh termasuk pemantauan bilik-bilik khas. Makmal komputer sekolah merupakan salah satu bilik khas yang dipantau.

Pemantauan di Makmal Komputer

Berbicara dengan GPK Pentadbiran tentang pengurusan makmal komputer

Pemantauan P & P di kelas